Pages

6 Tips Mengatasi Anak Ketagihan Telefon


Para ibu-bapa pembaca blog ibusihat, adakah anda sekarang sedang berkelahi dan berkejar-kejaran dengan anak-anak untuk dapatkan telefon anda semula? Kalau ya, anda tidak keseorangan kerana ibu-bapa di luar sana juga mengalami keadaan yang sama. Sindrom ketagihan gajet ini telah menular pada zaman serba canggih. Gajet sangat berguna dan bermanfaat untuk kegunaan seharian, namun jika disalahguna akan menyebabkan berlaku ketidaktentuan pula dalam kehidupan. Admin akan kongsikan 6 tips untuk mengatasi masalah anak ketagihan telefon.



1- Mula dengan diri sendiri

Sesungguhnya setiap perilaku anak-anak bermula dengan kelakuan dan tindak tanduk kedua orang tuanya. Apa kata anda mula mendisiplinkan diri dengan menyimpan telefon atau gajet semasa berada bersama anak-anak. Setiap kali balik kerja sorok semua gajet di dalam tempat penyimpanan yang tidak diketahui anak. Isi masa dengan bergurau senda bersamanya dan kerap berkomunikasi sehingga si anak lupa tentang dunia gajet.



2- Lakukan pelbagai aktiviti

Lakukan aktiviti-aktiviti luar rumah seperti bermain basikal, bolasepak, layang-layang, badminton dan lain-lain. Aktiviti seperti ini akan membuatkan badan anak sihat dan cerdas serta menajamkan pemikiran mereka. Selesai saja aktiviti pulang rumah dan kalau dah penat mustahil anak-anak akan ingat lagi dengan telefon anda.

zi

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment